PERKHELAHAN KE TELUK SENANGIN - 11 MAC 2022

Alhamdulillah, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu dan wabak Covid-19 yang berlarutan, buat pertama kalinya anak-anak dapat keluar setelah sekian lama.

Destinasi kami adalah Teluk Senangin. Dapatlah anak-anak mandi manda bersuka ria dan berinteraksi dengan alam. Ombak, air laut dan pasir pantai adalah satu terapi semulajadi bukan hanya untuk anak-anak, tetapi dewasa juga.

Dapat menghilangkan stress dan memberi semangat kepada mereka untuk mulakan persekolahan tak lama lagi.

Kami kongsikan wajah-wajah gembira mereka disini.



Older post Newer post