Selamat Menyambut Bulan Rejab - Doa bulan Rejab

Alhamdulillah kita telah masuk ke bulan Rejab. Tak lama lagi Ramadhan bakal tiba jadi marilah kita sama-sama berlumba mengerjakan amal dan kebaikan.

Kami kongsikan beberapa peristiwa penting dan doa di bulan Rejab:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ


Allâhumma bârik lanâ fî rajab, wasya‘bân, waballighnâ ramadhân.
"Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan bulan Sya’ban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.Ameen"
#marhabanyarajab

Firman ALLAH SWT:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) ALLAH ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab ALLAH semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-NYA).” (Surah at-Taubah, ayat 36)

PERISTIWA penting dalam bulan Rejab

– Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan.

– Terdapat beberapa kisah istimewa yang berlaku dalam bulan Rejab yang boleh diambil manfaat oleh umat Islam:

1. Peristiwa Israk dan Mikraj.

Dalam peristiwa itulah yang menyaksikan umat Islam difardukan solat lima waktu.

2. Penghijrahan pertama umat Islam ke Habsyah.

Ia bertujuan untuk menyelamatkan akidah umat Islam ketika itu. Mereka ditekan dan diancam keselamatan ketika di Makkah.

3. Pembebasan Baitul Maqdis.

Baitul Maqdis mula dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA.

Namun, ia telah ditawan oleh musuh, sebelum Sultan Salahuddin Al-Ayubi merampas semula kota itu pada 27 Rejab 583 Hijrah.

4. Kelahiran Imam al-Syafie.

Pengasas Mazhab Syafie itu dilahirkan pada bulan Rejab 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Gaza, Palestin. Beliau merupakan mujaddid abad ke-2 menurut Imam al-Sayuti.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang dinyatakan hasan statusnya oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani: “Sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan buat umat ini pada awal setiap 100 tahun orang yang akan memperbaharui (mentajdidkan) agama umat ini (yakni yang akan memperbaharui pegangan dan keyakinan umat terhadap agama mereka).” (Riwayat Abu Daud, al-Hakim, at-Tabari dan al-Baihaqi)



Older post Newer post