MAJLIS BERKHATAN PERDANA ANJURAN BERSAMA - SALAM RELIEF & DAHIKMAH KALI KE-2 (11 DISEMBER 2021)

Alhamdulillah sudah berlangsung Majlis Berkhatan Perdana Kali Ke-2 Anjuran Bersama Salam Relief dan Dahikmah. Program ini turut dihadiri oleh ahli keluarga anak-anak disini.

Program dimulakan dengan acara mandi yang dimeriahkan oleh pasukan bomba dengan pancuran air. 

Program diteruskan dengan sesi berkhatan yang diadakan di perpustakaan. 

Ana-anak yang telah selesai ditempatkan di dewan dan diberi ruang untuk bersama ahli keluarga, para volunteer dan team Salam Relief.

Semestinya suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh anak-anak disini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Kami turut kongsikan gambar-gambar sepanjang program di laman facebook rasmi Dahikmah



Older post